Thursday, April 30

Wuhan-400

Assalamualaikum, Hi.

Study on new coronavirus says warmer weather may slow COVID-19 ...

Tadi kan aku rajin pulak membaca pasal Isu Covid ni, pastu aku ada jumpa satu buku ni. so cerita pasal buku ni ada diupdate kat sini. katanya, buku ni adalah sebuah buku fiksyen bertajuk The Eyes of Darkness pernah menceritakan tentang sejenis virus yang digunakan sebagai senjata biologi, dengan nama Wuhan-400. Ini muka depan bukunya.


buku tahun 1981 ini pernah cerita pasal coronavirus dengan nama wuhan-400

yang bestnya, kalau korang nak tahu buku ni ditulis oleh Dean Koontz (tapi aku ras nama penulis ni lain) and diterbitkan pada tahun 1981, so 39 tahun yang lepas lah before wabak yang sekarang ni yang kita sebut sebagai COVID-19 mula merebak ke seluruh dunia. then, buku ni  adala cerita pasal sorang ibu, namanyaChristina Evans yang merantau mencari anaknya yang hilang masa diorang berkhemah dulu. Hasil pencariannya menemui anaknya itu ditahan dalam satu kem tentera dan dijangkiti virus yang dibuat di sebuah pusat kajian yang terletak di Wuhan, China.

buku tahun 1981 ini pernah cerita pasal coronavirus dengan nama wuhan-400 
buku tahun 1981 ini pernah cerita pasal coronavirus dengan nama wuhan-400

Pusat kajian berkenaan katanya merujuk kepada Wuhan Institute of Virology, lokasinya terletak hanya 32km daripada lokasi pertama Covid-19 ditemui. Ada satu lagi buku kalau tak silap. Penulis buku tu nama dia Lindsay Harrison yang menulis buku End of Days: Predictions and Prophecies About the End of the World. And masa tu tahun 2008 and dia juga pernah menulis satu kemungkinan yang akan terjadi pada tahun 2020, iaitu sejenis penyakit seperti pneumonia yang akan tersebar ke seluruh dunia. hmm power siaa.

buku tahun 1981 ini pernah cerita pasal coronavirus dengan nama wuhan-400

buku tahun 1981 ini pernah cerita pasal coronavirus dengan nama wuhan-400

so both buku kat atas ni tengah top lagi2 researcher kan. pastu isu vaksin pun menjadi2 kan. tapi untuk harini, aku nak share update paling latest, 30/4 jam 2:05 tadi. 

Tuesday, April 28

Kifarah is Real

Assalamualaikum, Hi.

Life Begins At The End Of Your Comfort Zone GIFs - Get the best ...

Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang kadang kita kat atas kadang kita kat bawah. betul lah biasa kita buat orang kemain seronok tengok dia serabut dengan masalah. sekali sendiri kena hmmm insaf juga. tapi tulah, takut nanti perangai tu datang balik. so nak duk sorang2 buat masa ni hahah

GIF walk cycle - animated GIF on GIFER - by Arashibar

Bila angin taufan datang melanda, tambah pula ombak ganas membadai pantai hati yang tadinya tenang tiba2 berubah keadaan pantainya tadi. jadi, berubahlah emosi aku yang sekarang ni ahhaha. bila happy memang suara aku jelah, senyum memanjang, sengih sorang2. tapi bila start hujan rintik, lama2 lebat lah.

tapi kalau aku, menangis lah lepaskan semuanya, tak payah nak tahan, pendam, lepas sikit2. sakit. hmm ttak faham kan? bila rasa kelam and kau fikir takkan kembali cerah hidup kau tatkala ditimpa musibah ke, bencana ke apa. jangan lah fikir macam tu. kita kena positif tak kisah lah apa situasi yang kita hadap pun. pemikiran yang positif, kawan2 yang positif, akan jadikan kita positif.

Kerja Sama dengan Penderita HIV AIDS, Pemerintah Melaka Dikecam ...

aku ni pun pretend macam takde apa jadi. padahal lebam2 dah ni dengan masalah dunia. hmm hmm hmmm. dah lumrah, ssetiap orang mesti ada masalah. ingat! Allah takkan uji diluar kemampuan hambanya. so aku ni selected gitu. macam yang kita tahu, orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa2 sukar dalam hidupnya. haaaa macam aku sekarang lah. Masa2 ni apa yang kita kena buat, hadap je dengan tenang walaupun tak tenang. lepastu, kita cari penyelesaiannya dengan bersemangat dan sabar. paling penting tabah, means kuat ahhh. kalau nak hidup hahaha


cemana nak tabah? Bersabar dan bersyukur merupakan suatu sikap yang kau mesti ada untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kau hadap. jadi dengan cara tu, boleh lah kau tahu sejauh mana persediaan kau, kesanggupan diri kau, kesabaran kau anddd rasa syukur kau berdepan dengan masalah yang kita hadapi. 

LINE Creators' Stickers - Naira : Assalamualaikum Ukhti Example ...

betul, nak dapatkan balik ketenangan tu lama wehh. Yang kena kita tahu sekarang adalah, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, cuba tengok nasib saudara kita di seberang, seberang mana pun aku tak tahu. main cakap je ni. masih ada yang jauh lagi susah kalau nak dibandingkan dengan masalah yang sedang menimpa diri kita. kalau diorang boleh hadap, kenapa kita tak kan? Jadi tak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita usahakan yang  terbaik. so be positive. Jangan jadikan setiap masalah yang datang kat kita sebagai penghancur masa depan. tapi  kita cuba jadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, tau tak potensi apa? potensi keimanan dan ketaqwaan. Iman aku pun entah kemana. hanyut teruk ni haihhh.

Games Life Sticker for iOS & Android | GIPHY

Setiap perjalanan kehidupan seseorang tu mesti akan sarat dengan hikmah mean lepas hikmah disebalik ujian tu lah yang dapat dijadikan pelajaran hidup. percayalah! so macamtu juga dengan setiap masalah demi masalah yang kita hadap. kita pun kena belajar untuk tak mudah menyerah dengan ujian ni.

jadi, doa jelah senjata kita, walau apa pun situasinya, dimana pun dan bila-bila pun. jangan tunggu susah baru nak bertindak. Sentiasa berbuat baik dan selalu minta maaf kalau buat salah. jaga hubungan kita dengan dia, dengan orang sekeliling. bila serabut dengan masalah hidup, ingatlah  Allah tu bukan je cuma menguji kita sorang. entah2 ada lagi rumit ujiannya.

Be Positive.

Ramadhan

Assalamualaikum, hi.

Wehh, nak lah juga wish ramadhan ni. puasa kelima ya baru nak post. So selamat meneruskan ibadah puasa korang lah. free2 tu mengaji ke apa, bukan tidur je kerja. 

Banyak Cobaan GIF - BanyakCobaan MelawanGodaan Haus - Descubre ...

setakat hari kelima ni aku full lagi. aku start puasa dari awal MCO duhh. sama je waktu makan tu. ahahhaha nak lah share. perempuan memang ada yang kadang2 dapat puasa full, ada yang tak dapat tapi bagi aku lah, bulan Ramadhan ni, kami rasa sangat rugi tau kalau cuti puasa. sebab apa? nak makan pun bila je sempat? kat dalam bilik je kan?

Lepastu aku, kalau lah kalau aku tak puasa, orang kat rumah takkan tahu aku cuti puasa hahahah. tak puasa pun kena puasa hmmm. tapi ada lah jajan dalam bilik, tu pun bukan aku makan. pastu aku pretend aku puasa perfect lah. ahahhaha.

Tarawih Yuk GIF - Sholat Shalat Hijab - Discover & Share GIFs

So this year memang kita tak dapat nak tarawih kat masjid surau, so buat jelah kat rumah sebab laju sikit siap. Marathon 20rakaat 5mins okay kan? ahahha tulah kalau buat kat rumah ni disiplin memang out. so nak buat cemana? solat lah reramai. Bukantu je wei, bazar pun takde tapi kan. aku okay je life cenggini. sebab aku kat mana2 pun macam duk dalam gua juga. 

cuma sama2 lah kita doa covid ni stop merebak. pasal aku ni dari sakit kaki melarat naik ke kepala. ni sekarang tulang belakang aku lahaii sakit benor tiap hari duk hadap notebook, penat duduk baring, penat baring berdiri. diurut makin bengkak. malas aku layankan so buat dunno je nanti biasa lah tu. mengada pula nak sakit2 ya. Asyik jadi burung hantu je, bila aku nak jadi burung unta? hmmm

beta nak beradu. selamat malam.

Monday, April 27

Nasi dah jadi bubur :'(

Assalamualaikum, Hi!

wow serious betul tajuk entri kali ni. kenapa ya? Ada masalah Negara lagi besar dari Covid ni ke? okay ceritanya panjang dan makan dalam ghaisss tapi takdelah aku nak cerita detail tiptop. tapiii.... kejap, aku macam tak sedar assignment bertimbun kan? hahahah tak salah menyambil. Mood nak mula buat assignment pun masalah Negara ni -.-

littleMuslimah by littleMuslimah on DeviantArt

sejak kebelakangan ni macam macam berlaku. Lepas satu satu masalah. gelabah jangan cerita, sepatutnya bila ada masalah tenang. hadap Allah, doa tu penting bukan ikut hati dan perasaan. tapi kenapa aku tak nak cari ketenangan dengan cara tu?

18 Perkara Mengenai Seorang Wanita

kadang kadang terfikir kenapa ada masalah? jadi jawapannya, sebab Allah nak uji aku. Allah sayang aku. tapi yang aku tahu salahkan orang sana sini. cuba fikir? samalah macam ada orang kutuk aku belakang, kadang kadang orang kutuk kita bersebab bukan saja saja. dah memang diri kita, manusia memang teruk kenalah kutuk. lumrah. manusia memang tak sempurna. 


Tapi bila dah kena, bila dah sedar, aku reti lah juga insaf. bila buat salah minta maaf, yang diri sendiri pun bila dah buat salah minta maaf. ambil iktibar. jadikan pengajaran. tapi aku memang tak harapkan peluang kedua. kalau lah kalau kita buat benda betul pun kena tapi untuk kebaikan sesuatu hubungan? kenapa nak ego.


Persekutuan Doa Air Hidup: 01/27/16

 hidup dekat dunia bukan lama pun. sebelum orang pergi dari hidup aku, baik bertindak. tak nak lah nanti aku menyesal pulak. menyesal pun dah malas layan aku sebab aku suka menyesal di kemudian hari. sekarang mungkin kau tak rasa apa tapi nanti kau akan rasa. tunggulah. nanti. entah apa yang patut aku rasa, rasa tak ada hala tuju, rasa yang entah apa apa. okay aku belum masuk point aku. nak tahu apa yang dah jadi bubbur sangat tu? tak payah lah tapi. aku nak motivate lah juga.

Motivation Area 1067*1067 transprent Png Free Download - Area ...

Walaupun senang untuk diluah, tapi kita sekarang perlu belajar dari kesilapan lalu, belajar dengan pengalaman yang sekarang demi memastikan kita terus bergerak ke depan. Well, tak buat salah tak belajar kan. Cuma tulah, jangan berani sangat. Kadang kalau salah tempat, memang kau terduduk. Macam aku sekarang. Ahahha chill.

Berani Buat, Berani Tanggung - NOTA IBU

Cuma aku ni, kalau buat satu salah aku malas nak buat 10 kebaikan sebab salah yang satu tu kesan dia lama so, aku redha awal. Nak jadi apa pun, jadilah. Allah yang susun kan?

Pengalaman adalah guru yang paling sempurna. Takpe paling tak aku ada juga kenangan pahit kat utm ni nanti after konvo boleh ulit, mesti rindu. Plus nanti kalau lah kalau betul jadi cikgu, boleh cerita kat anak murid aku. Ahhahha

Kita tidak tahu akan rasa masin kalau kita tidak makan garam, kita tidak dapat rasa manis kalau kita tidak makan gula. Kita tidak tahu macam mana kasarnya tanah kalau kita tidak sentuh. jadi pengalaman kita merasakan, menyentuh dan lain nya adalah guru yang sempurna. satu lagi kita hidup ni sementara. Ye takde kaitan tapi tadi aku asyik duk cakap benda ni. Kenapa entah. nak mandi. baiiiii. walaupun nak buat assignment sebenarnya, tapi aku nak mandi juga.

Restart

Assalamualaikum, hi.


Gaiss selamat berpuasa. hakeyy kenapa title restart? Okay in case ada yang stalker aku and baca, blog ni memang 100% new. Ceritanya, aku tak tahu kenapa blog aku tiba2 corrupt. 



Act ni kali ketiga aku kena. Before pernah juga kena. Aku aktif berblogging dari zaman sekolah. tak tahu mana silapnya. Jap, dari zman sekolah? wehh dah sploh tahun ahhahaha! So gigih lah aku dapatkan balik. Tapi bila aku masuk, template apa semua bersepah then aku delete blog tu and create baru. okay kenapa aku delete? sebab aku nak dapatkan balik url ni.



 kalau aku create baru, tak boleh guna url ni pasai taken. So, sebab tu blog ni takde follower, takde older post and buruk. halahh ruginya post lama tu. ya memang boleh dapat balik tapi aku delete.


Okay, currently memang busy tak sudah dengan kelas. nanti free aku mai update naa. tatakkkkk.