Friday, June 5

Big Pay

Assalamualaikum, Hi,

korang pernah dengar pasal BigPay ni tak? benda ni dah lama dah tapi entahlah harini aku baik hati nak share pasal benda ni dan kalau korang register, dapat RM10 for free. aku takde nak amik untung ke apa tapi srs aku just nak share je banda ni. bfr tu aku nak bagitahu dulu bigpay ni adalah medium pembayaran terbaik pengguna iPhone dan Android sebab dengan adanya acc dan apps ini korang akan dapat tahu berapa banyak korang buat transaksi guna phone korang. so function sama je dengan TnG. then kalau korang nak shopping tak payah pun nak guna cash and debit card. kalau ada credit card tu adalah benefit main kan. so kalau korang ada bigpay ni kau toup up siap2 awal bulan, and korang shopping guna banda ni je. anddd bagusnya kalau kau disiplin kau boleh kawal duit au. banyak apps online pun boleh bayar guna bigpay selain onl banking. 

Image


Ginilah rupa card bigpay ni. okay now mesti korang tertanya2 apa yang best sangat card ni selain dapat RM10 free tu? kalau korang nak tahu, kemudahan kad prabayar BigPay ni adalah kad ni antara kad prabayar yang terbaik di pasaran sekarang ni. kalau korang register pastu duit habis malas topup and tak nak guna takde rugi apa pun sebab buat kad ni free je weh. walaupun pada awalnya kau kena bayar RM20 tapi duit tu adalah duit topup dan dia akan pulangkan balik. sabar jap baca sampai habis.
Kad prabayar atau prepaid card mempunyai sifat yang sama seperti Kad Debit tapiiiiiiiiiiiiiii Kad Prabayar tidak dihubungkan kepada akaun simpanan anda. means kad ni takde link pun dengan acc bank korang and tak auto topup bagai so takde sebab untuk korang nak risau bila nak buat kad ni.


sabarjap nanti aku ajar cara nak buat canne, baca dulu nanti tak tahu function kad pulak ahahah. contohlah kalau korang buat transaksi payment guna Kad Debit, jumlah pembayaran tersebut akan ditolak secara automatik dari akaun simpanan korang. so nanti mesti korang sedih pasal duit dah ditolak dari akaun simpanan untuk membeli kehendak bukan keperluan contohnya. tapi okay je sebab dapat barang tapii dia dah ganggu simpanan kita. takkan korang tak fikir pasal saving mesti semua orang ada saving kan and kalau boleh tak nak kacau saving kan? tapi untuk kad prabayar pula, kad ni takde link dengan akaun simpanan and kad ini hanya boleh digunakan bila korang topup. so korang boleh manage duit korang untuk beli kehendak keperluan atau untuk simpan. betul tak? kita kena fikir matang weh pasal duitt ni. 

contoh simple kalau korang toup RM10. tapi kau nak buat transaksi lebih dari RM10.01 jadi transaksi tu tak berjaya so duit untuk beli benda tak penting yang kau plan tu selamat lah. tapi disiplin jangan asyik2 nak toup. ahhahah. Kelebihan kad prabayar BigPay ni pulak, dia menyokong Mastercard, jadi kad ni bukan jelah kotrang boleh guna kat phone korang tapi guna sebagai debit. alaa takkan tak pernah buat? cumaaa kalau debit memang ah sedap kau nak shopping sebab tu duit simpanan .faham tak? dia dah usik simpanan kau. tuptup check baki low. ahh mampus ahahahha. so bila kad ni dah support mastercard, jadi korang boleh guna untuk shopping kat memana kedai yang boleh guna mastercard ni juga lah. and yang bestnya, bukan sahaja di Malaysia hokeyyy, tapi seluruh dunia kau boleh guna kad ni. so dengan penggunaan kad ini korang boleh lah nak kawal  perbelanjaan bulanan korang dengan lebih efisien. 

soooo, nak RM10 free tu kan? meh ikut step aku untuk dapatkan RM10 for free. simple gilaaa.guna phone je. okay lah aku kurangkan bebelan untuk step.


First, download apps bigpay kat app store atau google play.
Image    Image


okay next, 
1- Klik Sign Up
2- Pilih Malaysia
3- masukkan no telefon 
4- Masukkan no pengesahan yang diterima dari SMS

Image    Image   Image   Image


Next, 
1- Set kod keselamatan
2- Korang boleh aktifkan fungsi Face ID kalau ada kalau tak finger je
3- Tekan Allow
4- Pilih Only While Using The App

Image    Image    Image    Image



okay great, now
1- Klik I Accept 
2- Tekan Lets Start

Image      Image

okay sikit lagi siap, sekarang
1- Masukkan butiran peribadi korang
2- Pada bahagian Referals Code masukkan kod E47AOFPIU6 and korang akan dapat RM10.00 secara percuma. kalau korang tak letak kod ni korang tak dapat RM10 tu tau
3- Tekan Next


Image   


seterusnya, (aku dah macam buat ayat assignment ni)
1- Tangkap gambar Kad Pengenalan korang and janagn risau. ini untuk simpanan biypay je and tak menjejaskan apa2. aku janji part ni
2- Lepastu kkorang perlu membut pengesahan dengan merakam muka korang ikut arahan dia. alaaa kejap je. cuma nak kasi match muka dengan IC and takde apa yang perlu risau.

Image       Image



okay, now toupup (tambah nilai) RM20.00 menggunakan kad debit/kredit atau laman perbankan. means korang toup je macam biasa guna lah online banking korang. tapi benda ni memang takde link dengan bank okay jangan risau. tapiiiiiiiiii RM20.00 bukan yuran untuk register, kan aku janji tadi buat kad ni free and aku ada mention tadi pasal RM20 ni. RM20 ni korang akan dapat balik means bila korang dapat kad, duit RM20.00 masih ada. soo bila kad sampai korang akan dapat RM30. aku janji korang dapat kalau tak dapat PM aku balik.


dahh siapppppp. simple je reg. kalau rasa tak siple tu aku lah buat kalut tu ahahh. follow je step ada masalah roger. jaid lepasni apa korang kena buat adalah, 
1- Tunggu kad korang sanpai depan pintu rumah
2- Buka sampul bila dapat kad tu
3- Buka Aplikasi BigPay yang korang download tu 
4- Masukkan nombor CVV yang ada kat belakang kad
5- So, Kad Prabayar  korang dah AKTIF and success. 
silalah shopping sampai duit dalamtu RM0 pun takpe pastu topup balik. tak silap aku nanti depa post guna City Link. okay tu je . sama2. sila manfaatkan RM10 aku tu dengan berhemah ya. hahahh






Monday, May 11

Bapa ugut bunuh?

assalamualaikum, Hi!

selamat berpuasa. puasa aku masih penuh setakat hari ini. saje nak bagitahu. aku kan dari minggu lepas nak update satu kisah ni tapi bulan ni aku kejar deadline hmm.


May 2020


cemana nak beraya dengan tenangnya kalau cenggini. okay back to topic. actually takdelah serious mana pun. plus yang ugut bunuh ni takde kaitan pun dengan aku so bukannya bapa aku. and bukan aku juga yang jadi mangsanya. macamnilah. aku ada sorang kawan  ni. Dia budak sarawak and asalnya dia bukan islam. okaylah aku gelar di Si Solehah dalam cerita ni. and aku kenal dia dari day 1 kat UTM, tapi baru ni aku tahu yang Si Solehah rahsiakan keislaman dia. tu pun sebab aku duk berchatting dengan Si Solehah ni tetiiba dia kabo dia balik nanti tak boleh puasa penuh. so aku attach lah ni conversation aku dengan dia. supaya aku boleh pendekkan penulisan aku sebab jimat masa aku hahahah okay entri kalini aku janji best. hahaha














kalau nak tahu tahun ni merupakan tahun yang ke-7 Si Solehah ni berpuasa. apakk dia lama siaaa. Selama 7 tahun Si Solehah ni menjadi seorang muslim, memang banyak ujian Allah untuk dia, ada juga dia cakap ujian ni untuk buat Si Solehah terus kuat dalam agama ini. wehhh positifnya. and dia ni memang sama Uni dengan aku sama fakulti, sama kolej, jurusan lain tapi kadang tu ada lah sekelas sebab sama seksyen and sama subj yang diambil pada semester yang sama. faham tak? tak faham tak payah fahamkan. 

and dia ada share kisah hidup dia masa MCO ni. tapi dia luah ni pun pasai tuari dia nak balik Sarawak. and dah sellamat sampai pun. masa dia nak balik tu pun dia masih berpuasa and berbuka kat Sarawak. syukurlah tak kantoi. and dia balik dah siap2 cabut tudung masa dalam bas tapi dia cover lah guna sweater dia. hmm bagus gila mengalahkan aku yang asal islam ni.

Masalahnya sekarang ni korang tahu tak yang family Si Solehah sendiri sampai detik ini masih tak tahu pasai keislaman dia. wehh 7 tahun tu bukan kejap. lamaa. 7 tahun Si Solehah simpan rahsia ni pun bersebab. sebab adalah masa memula Si Solehah ni masuk islam, Allah dah uji dia dengan ugutan bunuh dari bapa sendiri, ugutan bunuh diri dari ibu dia juga anddd bukan tu je. parents dia pun ada lah cakap benda2 yang buat dia terguris gitu. faham tak kau sebagai anak ni, parents kau cakap benda bebukan yang buat kau kecil hati. wehh sedihhh sangat hm.


so mesti nak tahu bilanya Si Solehah ni masuk islam. after habis SPM. masa umur Si Solehah ni 18 tahun. haa cer teka umur dia sekarang berapa. and kalau ikut undang-undang, Si Solehah ni patutnya dah ada kebebasan untuk beragama. maksudnya dia boleh ikut agama mana yang dia nak. tapi sebab parents dia yang tegas, sangatsangattt tegas. and lagipun dia anak First. and aku faham sangat tu sebab aku pun anak sulung, kalau nak tahu biasanya , anak sulung ni memang parents tegas lain dari adik2 yang lain. aku cakap biasanya sebab ada juga dengar cerita kawan lain yang anak sulung. halahhh perempuan hahhahah.

so bila dah parents terlalu tegas, lagilah tekut dia nak ngaku. weh tapi diia ada bf tau kat UTM ni. senior aku, and bf dia ni islan, sangat baik wehh, sopan lembut je. bf dia ni ada lah juga bantu dia berubah. masa memula Si Solehah kat UTM dia tak bertudung pun. tapi sekarang dia dia jaga gila aurat dia. mengalahkan aku yang islam. tapi Si Solehah ni bagitahu aku dia dah bertudup dari dia diploma. taoi on off lah. aku takde pulak tanya kenapa tapi memula masuk ut tu memang aku nampak dia tak bertudung. tu privasi dia. tak nak lah sentuh part tu. hm


Si Solehah ni ada cakap, susah juga hidup dalam 2 alam selama 7 tahun ni. Hidup penuh dengan kepuraan-puraan depan family sebab Si Solehah ni kena juga selamatkan diri dia. dia pernah tulis 'hidup dengan penuh ketenangan sebagai seorang muslim apabila berjauhan dari mereka.' tapi kita yang dah memang asal islm ni? hmm ada satu lagi,


'Kawan saya pernah menasihati saya bahawa untuk awal-awal tahun keislaman saya, ye Allah masih ampunkan sebab dalam keadaan darurat. Namun, sedar tak sedar, dah 7 tahun saya masih merahsiakannya lagi dari keluarga.Jadi, sekarang ni dosa saya berjalan jika saya membuat sesuatu yang Allah larang kerana takut membawa kemudaratan sendiri apabila bersama dengan keluarga. Dekat-dekat hari nak balik rumah ni, kata-katanya itu membuatkan saya tertekan. -Si Solehah-

Si Solehah ni pun sebenarnya dah tak nak pun untuk terus berahsia dengan family dia sendiri. tapi, cuma dia je tahu apa akan jadi kalau dia jujur dengan parents dia islam. wehhh kesiann. yelah parents dia pernah cakap nak buat itu nak buat ini if dia masuk islam. family dia ni ada juga orang kuatt agama, tappi agama dia lah, soa kalau diorang tahu pun apa pula diorang nilai Si Solehah ni kan. even ada je uncle aunty dia yang islam. tapi tu islam sebab kawin lah tapi Si Solehah Islam sebab pilihan sendiri weh. mungkin kalau melalui perkahwinan tu penerimaannya berbeza tak tahu lah pula.

Saya bayangkan jika saya bagitau keluarga tentang keislaman saya, saya akan dibuang keluarga, ibu dan ayah saya tidak lagi akan menghantar saya belajar dan saya tidak akan dapat berhubung lagi dengan rakan-rakan yang banyak membantu saya dari segi keagamaan ni. Si Solehah

Si Solehah ni pernah imagine sebab memula Si Solehah belum rasmi lagi mendaftar sebagai Islam, and masatu act dia baru nak belajar and nak kenal Islam tu cemana. so parents dia nampak lah yang dia macam tertarik sanagt dengan Islam ni. so Si Solehah ni tahu lah dari situ dia akan berdepan pelbagai rintangan. before dia islam pun dia dah tahu hidupp ni penuh dengan ujian. aku ni je tak reti nak sedar hmm maluuuu! yang bagusnya dia tak pernah menyesal pilih Islam. just dia rasa bersalah sangat sebab terpaksa tipu family sendiri.


Al Jazeera Islam GIF by Animation Domination High-Def - Find ...

bila ada masa yang dia kena balik sarawak, kadang tu family Si Solehah ada juga ajak pergi ke gereja and makan makanan yang haram. and selama 7 tahun ni, dia pun keliru,

kadang-kadang jika saya berasa lemah, saya hampir-hampir tak kenal diri saya yang sebenarnya mana 1. Masih kafir kah atau beriman? Sebab, jika cuti panjang, apabila di rumah, terpaksalah berpura-pura di hadapan mereka. -Si Solehah

tapiii Allah takkan bgi ujian diluar kemampuan kita, jadi dia pernah tulis,

Alhamdulillah, Allah datangkan pertolonganNya dalam pelbagai bentuk. Saya kembali yakin dengan hati dan iman di hati apabila saya mengamalkan bersyahadah dan beristigfar setiap kali selepas melakukan kemungkaran yang saya tak inginkan pun. -Si Solehah
dan pernah juga Si Solehah ni perdoalankan kalau dia meninggal nanti cemana? sebab family dia tak tahu and ofc parents dia assyme dia Kristian kan, and dia pun tak nak juga if parents dia pula meninggal tapi tak ttahu yang anak dia islam. and dia nak minta ampun dengan parents dia sebab menipu keislaman dia selamani. and dia pun tahu lambat laun benda ni akan kantoi. so dia memang ready dah.

Jadi kalau family buang saya, sekurang-kurangnya saya masih mampu untuk meneruskan kehidupan. Tapi sekarang sebagai seorang student yang ditanggung sepenuhnya oleh family, saya jadi buntu. Saya takut nak berhadapan dengan ibu ayah saya jika mereka tahu tentang keislaman saya.-Si Solehah

Tiap2 tahun Si Solehah ni tak pernah puasa full, yelah kalau nak raya mesti balik awal. so masa Diploma pun dia tak dapat puasa full. sekarang pun tak dapat. kita doa jelah. dia yang mualaf ni pun bersungguh nak puasa penuh. yang kita memang islam ni, asyik nak monteng je kan? haha

Animated gif about cute in 📷 Gifs 📷 by ‏⠀ on We Heart It

bukan tu je, Si Solehah ni kalau kena balik rumah tu, nak solat pun sorok, kena ganti and nak gantu pun malam je wehh, tu pun dia takut2 sebab parents dia suka terjah masuk bilik dia. dengan pintu bilik dia memang tak boleh kunci lagi. ni aku tak tahu lah kenapa tapi tu yang dia cakap. bukan tu je masalahnya, tambah pula dia kongsi bilik dengan adik perempuan dia, family dia takde sorang pun tahu yang dia islam. so adik dia yang sebilik dengan dia ni pun tak tahu lah yang dia ni islam. faham tak nak solaat pun takut lain macam padahal nak ngadap Allah ni. adik dia pun dah besar panjang. jadi nak solat dalam bilik tengah malam pun takut2. wehh aku yang islam ni punya la senang nak solat mlam, bangun tahajud, pun aku malas. tapi Si Solehah ni? hmm alfatihah untuk diri sendiri lah Suziana.

dia pun ada je cakap yang parents dia ni anti-islam sebab, attitude orang islam. siapa? kita lah! so kat kampung da kalau ada kes yang melibatkan orang Islam. memang parents dia marah, padahal kadang tu bukan islam pun sama tapi pasal anti-islam tu so jadi lah gitu. Si Solehah bukan je tak pernah backup islan tapi bila dia buka mulut pasal kebaikan islam depan parents dia, so apa pula Parents dia fikir kan? tapi tulah instinct parents kan? lelagi dulu dia pernah tunjuk minat dia dengan islamm depan parents dia. ceritanya sampai sekarang ni parents dia perhatikan. dia pun jadi tersepit.


actually dia dah tak sanggup nak berpura lagi. apa yang lagi takut tu, dia takut kalau di akn murtad. aku pun takut :'( dia ni pandai and dia tahu sangat hukum hakam islam, lelagi pasal makan, pastu bulan puasa ni kita yang islam akan berlumba untuk pahala andd dia pun sama tapi? sekarang dia kat rumah.

Saya ada terfikir untuk terus kekal di U, tapi disebabkan PKP dan virus yang melanda ni, saya tak pasti sampai bila boleh stay. Saya bukannya ada saudara pun yang terdekat tinggal sini. Jika ada pun, sama je nanti rasa balik rumah. Terpaksa buka aurat, tinggal solat dan puasa. Lagipun, ibu dan ayah dah pesan suruh balik. Bulan puasa ni, ibu selalu call. Tanya ada makan tengahari tak? Lauk ape? Nak tak nak kalau ibu call siang, terpaksalah tipu sunat. Saya jawab je la apa jenis lauk yang terlintas di fikiran.-Si Solehah

Instinct ibu ni hmm mesti mak dia ada rasa something yang takk kena kan. lagi pula dah duduk semenanjung, so kenal dengan ramai orang Islam, mesti parents dia pun takut. plus mak dia selalu pesan pasal batas agama weh.

2, 3 hari ni saya sibuk menonton video-video cara penyampaian dakwah daripada orang mualaf sendiri. Sebelum saya yakin untuk berterus terang kepada keluarga, sekurang-kurangnya saya adalah ilmu secebis untuk dibawa berhujah di hadapan mereka.Saya tertarik dengan satu video dari Indonesia. Seorang wanita yang mualaf di mana ibunya meminta kembali semua perbelanjaan dari kecil sehinggalah dia dewasa (umur 42 tahun) kerana lebih memilih Islam dari keluarga sendiri. -Si Solehah


Dia kata, apabila ibunya meminta dia untuk memilih salah satu, itu dah bukan antara seorang ibu dan anaknya lagi. Itu antara kafir dan iman yang dia harus pilih. Allahu, entah bila lah saya ada kekuatan untuk jadi seperti tu. Dia pilih untuk memulangkan semua duit kepada ibunya dalam tempoh seminggu kerana dia yakin Allah tu ada. Dia lah Maha Pemberi kepada rezeki. Saya kagum akan ketinggian takwanya. Dipendekkan cerita, tak sampai seminggu pun dia dapat bayar balik kepada ibunya kerana kebergantungannya yang tinggi kepada Allah.-Si Solehah

“Adakah saya kurang ketakwaan kepada Allah?”
“Sebab tu ke saya lebih takut untuk berhadapan dengan family sendiri dari kemurkaan Allah?”
“Saya ni kurang iman ke sebab tak mampu nak merasai kebergantungan yang tinggi macam tu?”
Saya jadi tertekan. Solat istikarah? Ye saya buat. Doa sungguh-sungguh kat Allah ye saya buat jugak. Namun masih lagi rasa macam, “Ya Allah aku nak buat apa ni? Nak balik tutup aurat. Nak balik dapat solat, dapat puasa full.”
Saya harap dengan perkongsian saya ni, para pembaca dapat doakan saya. Mana tahu, ada antara doa kalian Allah makbulkan untuk Dia tunjukkan jalan penyelesaian kepada saya. -Si Solehah



senanya aku sendiri tak pastu sama ada Si Solehah ni berkeadaan dadurat ke tak and aku pun tak tahu hukum kalau dia masih berpura. apa nak jadi dengan aku ni? wehh doakan ya buat beliau. maafkan typo aku. aku perasan je tapi malas nak brtulkan . and masal juga nak betulkan penggunaan huruf besar kecil. lantak pi ahhahha. terima kasih kalau sudi baca sampai habis. tadi kan aku ada rasa jari kaki aku ni macam ada benda siap je aku pun tengok lah pasal tadi terlebih fokus. rupanya jari kaki aku berdarah tapi apahal tiba2 nak berdapatah? banyak pulak tu, lepas je nampak darah tiba2 aku terasa sakit yang teramat pulak ahahah tak gun abetul. kalau tak ttengok darah tadi mesti tak rasa sakit kan? hmm bulan puasa takde setan ni pun ada je benda pepelik jadi.


Thursday, April 30

Wuhan-400

Assalamualaikum, Hi.

Study on new coronavirus says warmer weather may slow COVID-19 ...

Tadi kan aku rajin pulak membaca pasal Isu Covid ni, pastu aku ada jumpa satu buku ni. so cerita pasal buku ni ada diupdate kat sini. katanya, buku ni adalah sebuah buku fiksyen bertajuk The Eyes of Darkness pernah menceritakan tentang sejenis virus yang digunakan sebagai senjata biologi, dengan nama Wuhan-400. Ini muka depan bukunya.


buku tahun 1981 ini pernah cerita pasal coronavirus dengan nama wuhan-400

yang bestnya, kalau korang nak tahu buku ni ditulis oleh Dean Koontz (tapi aku ras nama penulis ni lain) and diterbitkan pada tahun 1981, so 39 tahun yang lepas lah before wabak yang sekarang ni yang kita sebut sebagai COVID-19 mula merebak ke seluruh dunia. then, buku ni  adala cerita pasal sorang ibu, namanyaChristina Evans yang merantau mencari anaknya yang hilang masa diorang berkhemah dulu. Hasil pencariannya menemui anaknya itu ditahan dalam satu kem tentera dan dijangkiti virus yang dibuat di sebuah pusat kajian yang terletak di Wuhan, China.

buku tahun 1981 ini pernah cerita pasal coronavirus dengan nama wuhan-400 
buku tahun 1981 ini pernah cerita pasal coronavirus dengan nama wuhan-400

Pusat kajian berkenaan katanya merujuk kepada Wuhan Institute of Virology, lokasinya terletak hanya 32km daripada lokasi pertama Covid-19 ditemui. Ada satu lagi buku kalau tak silap. Penulis buku tu nama dia Lindsay Harrison yang menulis buku End of Days: Predictions and Prophecies About the End of the World. And masa tu tahun 2008 and dia juga pernah menulis satu kemungkinan yang akan terjadi pada tahun 2020, iaitu sejenis penyakit seperti pneumonia yang akan tersebar ke seluruh dunia. hmm power siaa.

buku tahun 1981 ini pernah cerita pasal coronavirus dengan nama wuhan-400

buku tahun 1981 ini pernah cerita pasal coronavirus dengan nama wuhan-400

so both buku kat atas ni tengah top lagi2 researcher kan. pastu isu vaksin pun menjadi2 kan. tapi untuk harini, aku nak share update paling latest, 30/4 jam 2:05 tadi. 

Tuesday, April 28

Kifarah is Real

Assalamualaikum, Hi.

Life Begins At The End Of Your Comfort Zone GIFs - Get the best ...

Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang kadang kita kat atas kadang kita kat bawah. betul lah biasa kita buat orang kemain seronok tengok dia serabut dengan masalah. sekali sendiri kena hmmm insaf juga. tapi tulah, takut nanti perangai tu datang balik. so nak duk sorang2 buat masa ni hahah

GIF walk cycle - animated GIF on GIFER - by Arashibar

Bila angin taufan datang melanda, tambah pula ombak ganas membadai pantai hati yang tadinya tenang tiba2 berubah keadaan pantainya tadi. jadi, berubahlah emosi aku yang sekarang ni ahhaha. bila happy memang suara aku jelah, senyum memanjang, sengih sorang2. tapi bila start hujan rintik, lama2 lebat lah.

tapi kalau aku, menangis lah lepaskan semuanya, tak payah nak tahan, pendam, lepas sikit2. sakit. hmm ttak faham kan? bila rasa kelam and kau fikir takkan kembali cerah hidup kau tatkala ditimpa musibah ke, bencana ke apa. jangan lah fikir macam tu. kita kena positif tak kisah lah apa situasi yang kita hadap pun. pemikiran yang positif, kawan2 yang positif, akan jadikan kita positif.

Kerja Sama dengan Penderita HIV AIDS, Pemerintah Melaka Dikecam ...

aku ni pun pretend macam takde apa jadi. padahal lebam2 dah ni dengan masalah dunia. hmm hmm hmmm. dah lumrah, ssetiap orang mesti ada masalah. ingat! Allah takkan uji diluar kemampuan hambanya. so aku ni selected gitu. macam yang kita tahu, orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa2 sukar dalam hidupnya. haaaa macam aku sekarang lah. Masa2 ni apa yang kita kena buat, hadap je dengan tenang walaupun tak tenang. lepastu, kita cari penyelesaiannya dengan bersemangat dan sabar. paling penting tabah, means kuat ahhh. kalau nak hidup hahaha


cemana nak tabah? Bersabar dan bersyukur merupakan suatu sikap yang kau mesti ada untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kau hadap. jadi dengan cara tu, boleh lah kau tahu sejauh mana persediaan kau, kesanggupan diri kau, kesabaran kau anddd rasa syukur kau berdepan dengan masalah yang kita hadapi. 

LINE Creators' Stickers - Naira : Assalamualaikum Ukhti Example ...

betul, nak dapatkan balik ketenangan tu lama wehh. Yang kena kita tahu sekarang adalah, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, cuba tengok nasib saudara kita di seberang, seberang mana pun aku tak tahu. main cakap je ni. masih ada yang jauh lagi susah kalau nak dibandingkan dengan masalah yang sedang menimpa diri kita. kalau diorang boleh hadap, kenapa kita tak kan? Jadi tak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita usahakan yang  terbaik. so be positive. Jangan jadikan setiap masalah yang datang kat kita sebagai penghancur masa depan. tapi  kita cuba jadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, tau tak potensi apa? potensi keimanan dan ketaqwaan. Iman aku pun entah kemana. hanyut teruk ni haihhh.

Games Life Sticker for iOS & Android | GIPHY

Setiap perjalanan kehidupan seseorang tu mesti akan sarat dengan hikmah mean lepas hikmah disebalik ujian tu lah yang dapat dijadikan pelajaran hidup. percayalah! so macamtu juga dengan setiap masalah demi masalah yang kita hadap. kita pun kena belajar untuk tak mudah menyerah dengan ujian ni.

jadi, doa jelah senjata kita, walau apa pun situasinya, dimana pun dan bila-bila pun. jangan tunggu susah baru nak bertindak. Sentiasa berbuat baik dan selalu minta maaf kalau buat salah. jaga hubungan kita dengan dia, dengan orang sekeliling. bila serabut dengan masalah hidup, ingatlah  Allah tu bukan je cuma menguji kita sorang. entah2 ada lagi rumit ujiannya.

Be Positive.

Ramadhan

Assalamualaikum, hi.

Wehh, nak lah juga wish ramadhan ni. puasa kelima ya baru nak post. So selamat meneruskan ibadah puasa korang lah. free2 tu mengaji ke apa, bukan tidur je kerja. 

Banyak Cobaan GIF - BanyakCobaan MelawanGodaan Haus - Descubre ...

setakat hari kelima ni aku full lagi. aku start puasa dari awal MCO duhh. sama je waktu makan tu. ahahhaha nak lah share. perempuan memang ada yang kadang2 dapat puasa full, ada yang tak dapat tapi bagi aku lah, bulan Ramadhan ni, kami rasa sangat rugi tau kalau cuti puasa. sebab apa? nak makan pun bila je sempat? kat dalam bilik je kan?

Lepastu aku, kalau lah kalau aku tak puasa, orang kat rumah takkan tahu aku cuti puasa hahahah. tak puasa pun kena puasa hmmm. tapi ada lah jajan dalam bilik, tu pun bukan aku makan. pastu aku pretend aku puasa perfect lah. ahahhaha.

Tarawih Yuk GIF - Sholat Shalat Hijab - Discover & Share GIFs

So this year memang kita tak dapat nak tarawih kat masjid surau, so buat jelah kat rumah sebab laju sikit siap. Marathon 20rakaat 5mins okay kan? ahahha tulah kalau buat kat rumah ni disiplin memang out. so nak buat cemana? solat lah reramai. Bukantu je wei, bazar pun takde tapi kan. aku okay je life cenggini. sebab aku kat mana2 pun macam duk dalam gua juga. 

cuma sama2 lah kita doa covid ni stop merebak. pasal aku ni dari sakit kaki melarat naik ke kepala. ni sekarang tulang belakang aku lahaii sakit benor tiap hari duk hadap notebook, penat duduk baring, penat baring berdiri. diurut makin bengkak. malas aku layankan so buat dunno je nanti biasa lah tu. mengada pula nak sakit2 ya. Asyik jadi burung hantu je, bila aku nak jadi burung unta? hmmm

beta nak beradu. selamat malam.

Monday, April 27

Nasi dah jadi bubur :'(

Assalamualaikum, Hi!

wow serious betul tajuk entri kali ni. kenapa ya? Ada masalah Negara lagi besar dari Covid ni ke? okay ceritanya panjang dan makan dalam ghaisss tapi takdelah aku nak cerita detail tiptop. tapiii.... kejap, aku macam tak sedar assignment bertimbun kan? hahahah tak salah menyambil. Mood nak mula buat assignment pun masalah Negara ni -.-

littleMuslimah by littleMuslimah on DeviantArt

sejak kebelakangan ni macam macam berlaku. Lepas satu satu masalah. gelabah jangan cerita, sepatutnya bila ada masalah tenang. hadap Allah, doa tu penting bukan ikut hati dan perasaan. tapi kenapa aku tak nak cari ketenangan dengan cara tu?

18 Perkara Mengenai Seorang Wanita

kadang kadang terfikir kenapa ada masalah? jadi jawapannya, sebab Allah nak uji aku. Allah sayang aku. tapi yang aku tahu salahkan orang sana sini. cuba fikir? samalah macam ada orang kutuk aku belakang, kadang kadang orang kutuk kita bersebab bukan saja saja. dah memang diri kita, manusia memang teruk kenalah kutuk. lumrah. manusia memang tak sempurna. 


Tapi bila dah kena, bila dah sedar, aku reti lah juga insaf. bila buat salah minta maaf, yang diri sendiri pun bila dah buat salah minta maaf. ambil iktibar. jadikan pengajaran. tapi aku memang tak harapkan peluang kedua. kalau lah kalau kita buat benda betul pun kena tapi untuk kebaikan sesuatu hubungan? kenapa nak ego.


Persekutuan Doa Air Hidup: 01/27/16

 hidup dekat dunia bukan lama pun. sebelum orang pergi dari hidup aku, baik bertindak. tak nak lah nanti aku menyesal pulak. menyesal pun dah malas layan aku sebab aku suka menyesal di kemudian hari. sekarang mungkin kau tak rasa apa tapi nanti kau akan rasa. tunggulah. nanti. entah apa yang patut aku rasa, rasa tak ada hala tuju, rasa yang entah apa apa. okay aku belum masuk point aku. nak tahu apa yang dah jadi bubbur sangat tu? tak payah lah tapi. aku nak motivate lah juga.

Motivation Area 1067*1067 transprent Png Free Download - Area ...

Walaupun senang untuk diluah, tapi kita sekarang perlu belajar dari kesilapan lalu, belajar dengan pengalaman yang sekarang demi memastikan kita terus bergerak ke depan. Well, tak buat salah tak belajar kan. Cuma tulah, jangan berani sangat. Kadang kalau salah tempat, memang kau terduduk. Macam aku sekarang. Ahahha chill.

Berani Buat, Berani Tanggung - NOTA IBU

Cuma aku ni, kalau buat satu salah aku malas nak buat 10 kebaikan sebab salah yang satu tu kesan dia lama so, aku redha awal. Nak jadi apa pun, jadilah. Allah yang susun kan?

Pengalaman adalah guru yang paling sempurna. Takpe paling tak aku ada juga kenangan pahit kat utm ni nanti after konvo boleh ulit, mesti rindu. Plus nanti kalau lah kalau betul jadi cikgu, boleh cerita kat anak murid aku. Ahhahha

Kita tidak tahu akan rasa masin kalau kita tidak makan garam, kita tidak dapat rasa manis kalau kita tidak makan gula. Kita tidak tahu macam mana kasarnya tanah kalau kita tidak sentuh. jadi pengalaman kita merasakan, menyentuh dan lain nya adalah guru yang sempurna. satu lagi kita hidup ni sementara. Ye takde kaitan tapi tadi aku asyik duk cakap benda ni. Kenapa entah. nak mandi. baiiiii. walaupun nak buat assignment sebenarnya, tapi aku nak mandi juga.

Restart

Assalamualaikum, hi.


Gaiss selamat berpuasa. hakeyy kenapa title restart? Okay in case ada yang stalker aku and baca, blog ni memang 100% new. Ceritanya, aku tak tahu kenapa blog aku tiba2 corrupt. 



Act ni kali ketiga aku kena. Before pernah juga kena. Aku aktif berblogging dari zaman sekolah. tak tahu mana silapnya. Jap, dari zman sekolah? wehh dah sploh tahun ahhahaha! So gigih lah aku dapatkan balik. Tapi bila aku masuk, template apa semua bersepah then aku delete blog tu and create baru. okay kenapa aku delete? sebab aku nak dapatkan balik url ni.



 kalau aku create baru, tak boleh guna url ni pasai taken. So, sebab tu blog ni takde follower, takde older post and buruk. halahh ruginya post lama tu. ya memang boleh dapat balik tapi aku delete.


Okay, currently memang busy tak sudah dengan kelas. nanti free aku mai update naa. tatakkkkk.