Monday, May 11

Bapa ugut bunuh?

assalamualaikum, Hi!

selamat berpuasa. puasa aku masih penuh setakat hari ini. saje nak bagitahu. aku kan dari minggu lepas nak update satu kisah ni tapi bulan ni aku kejar deadline hmm.


May 2020


cemana nak beraya dengan tenangnya kalau cenggini. okay back to topic. actually takdelah serious mana pun. plus yang ugut bunuh ni takde kaitan pun dengan aku so bukannya bapa aku. and bukan aku juga yang jadi mangsanya. macamnilah. aku ada sorang kawan  ni. Dia budak sarawak and asalnya dia bukan islam. okaylah aku gelar di Si Solehah dalam cerita ni. and aku kenal dia dari day 1 kat UTM, tapi baru ni aku tahu yang Si Solehah rahsiakan keislaman dia. tu pun sebab aku duk berchatting dengan Si Solehah ni tetiiba dia kabo dia balik nanti tak boleh puasa penuh. so aku attach lah ni conversation aku dengan dia. supaya aku boleh pendekkan penulisan aku sebab jimat masa aku hahahah okay entri kalini aku janji best. hahaha














kalau nak tahu tahun ni merupakan tahun yang ke-7 Si Solehah ni berpuasa. apakk dia lama siaaa. Selama 7 tahun Si Solehah ni menjadi seorang muslim, memang banyak ujian Allah untuk dia, ada juga dia cakap ujian ni untuk buat Si Solehah terus kuat dalam agama ini. wehhh positifnya. and dia ni memang sama Uni dengan aku sama fakulti, sama kolej, jurusan lain tapi kadang tu ada lah sekelas sebab sama seksyen and sama subj yang diambil pada semester yang sama. faham tak? tak faham tak payah fahamkan. 

and dia ada share kisah hidup dia masa MCO ni. tapi dia luah ni pun pasai tuari dia nak balik Sarawak. and dah sellamat sampai pun. masa dia nak balik tu pun dia masih berpuasa and berbuka kat Sarawak. syukurlah tak kantoi. and dia balik dah siap2 cabut tudung masa dalam bas tapi dia cover lah guna sweater dia. hmm bagus gila mengalahkan aku yang asal islam ni.

Masalahnya sekarang ni korang tahu tak yang family Si Solehah sendiri sampai detik ini masih tak tahu pasai keislaman dia. wehh 7 tahun tu bukan kejap. lamaa. 7 tahun Si Solehah simpan rahsia ni pun bersebab. sebab adalah masa memula Si Solehah ni masuk islam, Allah dah uji dia dengan ugutan bunuh dari bapa sendiri, ugutan bunuh diri dari ibu dia juga anddd bukan tu je. parents dia pun ada lah cakap benda2 yang buat dia terguris gitu. faham tak kau sebagai anak ni, parents kau cakap benda bebukan yang buat kau kecil hati. wehh sedihhh sangat hm.


so mesti nak tahu bilanya Si Solehah ni masuk islam. after habis SPM. masa umur Si Solehah ni 18 tahun. haa cer teka umur dia sekarang berapa. and kalau ikut undang-undang, Si Solehah ni patutnya dah ada kebebasan untuk beragama. maksudnya dia boleh ikut agama mana yang dia nak. tapi sebab parents dia yang tegas, sangatsangattt tegas. and lagipun dia anak First. and aku faham sangat tu sebab aku pun anak sulung, kalau nak tahu biasanya , anak sulung ni memang parents tegas lain dari adik2 yang lain. aku cakap biasanya sebab ada juga dengar cerita kawan lain yang anak sulung. halahhh perempuan hahhahah.

so bila dah parents terlalu tegas, lagilah tekut dia nak ngaku. weh tapi diia ada bf tau kat UTM ni. senior aku, and bf dia ni islan, sangat baik wehh, sopan lembut je. bf dia ni ada lah juga bantu dia berubah. masa memula Si Solehah kat UTM dia tak bertudung pun. tapi sekarang dia dia jaga gila aurat dia. mengalahkan aku yang islam. tapi Si Solehah ni bagitahu aku dia dah bertudup dari dia diploma. taoi on off lah. aku takde pulak tanya kenapa tapi memula masuk ut tu memang aku nampak dia tak bertudung. tu privasi dia. tak nak lah sentuh part tu. hm


Si Solehah ni ada cakap, susah juga hidup dalam 2 alam selama 7 tahun ni. Hidup penuh dengan kepuraan-puraan depan family sebab Si Solehah ni kena juga selamatkan diri dia. dia pernah tulis 'hidup dengan penuh ketenangan sebagai seorang muslim apabila berjauhan dari mereka.' tapi kita yang dah memang asal islm ni? hmm ada satu lagi,


'Kawan saya pernah menasihati saya bahawa untuk awal-awal tahun keislaman saya, ye Allah masih ampunkan sebab dalam keadaan darurat. Namun, sedar tak sedar, dah 7 tahun saya masih merahsiakannya lagi dari keluarga.Jadi, sekarang ni dosa saya berjalan jika saya membuat sesuatu yang Allah larang kerana takut membawa kemudaratan sendiri apabila bersama dengan keluarga. Dekat-dekat hari nak balik rumah ni, kata-katanya itu membuatkan saya tertekan. -Si Solehah-

Si Solehah ni pun sebenarnya dah tak nak pun untuk terus berahsia dengan family dia sendiri. tapi, cuma dia je tahu apa akan jadi kalau dia jujur dengan parents dia islam. wehhh kesiann. yelah parents dia pernah cakap nak buat itu nak buat ini if dia masuk islam. family dia ni ada juga orang kuatt agama, tappi agama dia lah, soa kalau diorang tahu pun apa pula diorang nilai Si Solehah ni kan. even ada je uncle aunty dia yang islam. tapi tu islam sebab kawin lah tapi Si Solehah Islam sebab pilihan sendiri weh. mungkin kalau melalui perkahwinan tu penerimaannya berbeza tak tahu lah pula.

Saya bayangkan jika saya bagitau keluarga tentang keislaman saya, saya akan dibuang keluarga, ibu dan ayah saya tidak lagi akan menghantar saya belajar dan saya tidak akan dapat berhubung lagi dengan rakan-rakan yang banyak membantu saya dari segi keagamaan ni. Si Solehah

Si Solehah ni pernah imagine sebab memula Si Solehah belum rasmi lagi mendaftar sebagai Islam, and masatu act dia baru nak belajar and nak kenal Islam tu cemana. so parents dia nampak lah yang dia macam tertarik sanagt dengan Islam ni. so Si Solehah ni tahu lah dari situ dia akan berdepan pelbagai rintangan. before dia islam pun dia dah tahu hidupp ni penuh dengan ujian. aku ni je tak reti nak sedar hmm maluuuu! yang bagusnya dia tak pernah menyesal pilih Islam. just dia rasa bersalah sangat sebab terpaksa tipu family sendiri.


Al Jazeera Islam GIF by Animation Domination High-Def - Find ...

bila ada masa yang dia kena balik sarawak, kadang tu family Si Solehah ada juga ajak pergi ke gereja and makan makanan yang haram. and selama 7 tahun ni, dia pun keliru,

kadang-kadang jika saya berasa lemah, saya hampir-hampir tak kenal diri saya yang sebenarnya mana 1. Masih kafir kah atau beriman? Sebab, jika cuti panjang, apabila di rumah, terpaksalah berpura-pura di hadapan mereka. -Si Solehah

tapiii Allah takkan bgi ujian diluar kemampuan kita, jadi dia pernah tulis,

Alhamdulillah, Allah datangkan pertolonganNya dalam pelbagai bentuk. Saya kembali yakin dengan hati dan iman di hati apabila saya mengamalkan bersyahadah dan beristigfar setiap kali selepas melakukan kemungkaran yang saya tak inginkan pun. -Si Solehah
dan pernah juga Si Solehah ni perdoalankan kalau dia meninggal nanti cemana? sebab family dia tak tahu and ofc parents dia assyme dia Kristian kan, and dia pun tak nak juga if parents dia pula meninggal tapi tak ttahu yang anak dia islam. and dia nak minta ampun dengan parents dia sebab menipu keislaman dia selamani. and dia pun tahu lambat laun benda ni akan kantoi. so dia memang ready dah.

Jadi kalau family buang saya, sekurang-kurangnya saya masih mampu untuk meneruskan kehidupan. Tapi sekarang sebagai seorang student yang ditanggung sepenuhnya oleh family, saya jadi buntu. Saya takut nak berhadapan dengan ibu ayah saya jika mereka tahu tentang keislaman saya.-Si Solehah

Tiap2 tahun Si Solehah ni tak pernah puasa full, yelah kalau nak raya mesti balik awal. so masa Diploma pun dia tak dapat puasa full. sekarang pun tak dapat. kita doa jelah. dia yang mualaf ni pun bersungguh nak puasa penuh. yang kita memang islam ni, asyik nak monteng je kan? haha

Animated gif about cute in 📷 Gifs 📷 by ‏⠀ on We Heart It

bukan tu je, Si Solehah ni kalau kena balik rumah tu, nak solat pun sorok, kena ganti and nak gantu pun malam je wehh, tu pun dia takut2 sebab parents dia suka terjah masuk bilik dia. dengan pintu bilik dia memang tak boleh kunci lagi. ni aku tak tahu lah kenapa tapi tu yang dia cakap. bukan tu je masalahnya, tambah pula dia kongsi bilik dengan adik perempuan dia, family dia takde sorang pun tahu yang dia islam. so adik dia yang sebilik dengan dia ni pun tak tahu lah yang dia ni islam. faham tak nak solaat pun takut lain macam padahal nak ngadap Allah ni. adik dia pun dah besar panjang. jadi nak solat dalam bilik tengah malam pun takut2. wehh aku yang islam ni punya la senang nak solat mlam, bangun tahajud, pun aku malas. tapi Si Solehah ni? hmm alfatihah untuk diri sendiri lah Suziana.

dia pun ada je cakap yang parents dia ni anti-islam sebab, attitude orang islam. siapa? kita lah! so kat kampung da kalau ada kes yang melibatkan orang Islam. memang parents dia marah, padahal kadang tu bukan islam pun sama tapi pasal anti-islam tu so jadi lah gitu. Si Solehah bukan je tak pernah backup islan tapi bila dia buka mulut pasal kebaikan islam depan parents dia, so apa pula Parents dia fikir kan? tapi tulah instinct parents kan? lelagi dulu dia pernah tunjuk minat dia dengan islamm depan parents dia. ceritanya sampai sekarang ni parents dia perhatikan. dia pun jadi tersepit.


actually dia dah tak sanggup nak berpura lagi. apa yang lagi takut tu, dia takut kalau di akn murtad. aku pun takut :'( dia ni pandai and dia tahu sangat hukum hakam islam, lelagi pasal makan, pastu bulan puasa ni kita yang islam akan berlumba untuk pahala andd dia pun sama tapi? sekarang dia kat rumah.

Saya ada terfikir untuk terus kekal di U, tapi disebabkan PKP dan virus yang melanda ni, saya tak pasti sampai bila boleh stay. Saya bukannya ada saudara pun yang terdekat tinggal sini. Jika ada pun, sama je nanti rasa balik rumah. Terpaksa buka aurat, tinggal solat dan puasa. Lagipun, ibu dan ayah dah pesan suruh balik. Bulan puasa ni, ibu selalu call. Tanya ada makan tengahari tak? Lauk ape? Nak tak nak kalau ibu call siang, terpaksalah tipu sunat. Saya jawab je la apa jenis lauk yang terlintas di fikiran.-Si Solehah

Instinct ibu ni hmm mesti mak dia ada rasa something yang takk kena kan. lagi pula dah duduk semenanjung, so kenal dengan ramai orang Islam, mesti parents dia pun takut. plus mak dia selalu pesan pasal batas agama weh.

2, 3 hari ni saya sibuk menonton video-video cara penyampaian dakwah daripada orang mualaf sendiri. Sebelum saya yakin untuk berterus terang kepada keluarga, sekurang-kurangnya saya adalah ilmu secebis untuk dibawa berhujah di hadapan mereka.Saya tertarik dengan satu video dari Indonesia. Seorang wanita yang mualaf di mana ibunya meminta kembali semua perbelanjaan dari kecil sehinggalah dia dewasa (umur 42 tahun) kerana lebih memilih Islam dari keluarga sendiri. -Si Solehah


Dia kata, apabila ibunya meminta dia untuk memilih salah satu, itu dah bukan antara seorang ibu dan anaknya lagi. Itu antara kafir dan iman yang dia harus pilih. Allahu, entah bila lah saya ada kekuatan untuk jadi seperti tu. Dia pilih untuk memulangkan semua duit kepada ibunya dalam tempoh seminggu kerana dia yakin Allah tu ada. Dia lah Maha Pemberi kepada rezeki. Saya kagum akan ketinggian takwanya. Dipendekkan cerita, tak sampai seminggu pun dia dapat bayar balik kepada ibunya kerana kebergantungannya yang tinggi kepada Allah.-Si Solehah

“Adakah saya kurang ketakwaan kepada Allah?”
“Sebab tu ke saya lebih takut untuk berhadapan dengan family sendiri dari kemurkaan Allah?”
“Saya ni kurang iman ke sebab tak mampu nak merasai kebergantungan yang tinggi macam tu?”
Saya jadi tertekan. Solat istikarah? Ye saya buat. Doa sungguh-sungguh kat Allah ye saya buat jugak. Namun masih lagi rasa macam, “Ya Allah aku nak buat apa ni? Nak balik tutup aurat. Nak balik dapat solat, dapat puasa full.”
Saya harap dengan perkongsian saya ni, para pembaca dapat doakan saya. Mana tahu, ada antara doa kalian Allah makbulkan untuk Dia tunjukkan jalan penyelesaian kepada saya. -Si Solehah



senanya aku sendiri tak pastu sama ada Si Solehah ni berkeadaan dadurat ke tak and aku pun tak tahu hukum kalau dia masih berpura. apa nak jadi dengan aku ni? wehh doakan ya buat beliau. maafkan typo aku. aku perasan je tapi malas nak brtulkan . and masal juga nak betulkan penggunaan huruf besar kecil. lantak pi ahhahha. terima kasih kalau sudi baca sampai habis. tadi kan aku ada rasa jari kaki aku ni macam ada benda siap je aku pun tengok lah pasal tadi terlebih fokus. rupanya jari kaki aku berdarah tapi apahal tiba2 nak berdapatah? banyak pulak tu, lepas je nampak darah tiba2 aku terasa sakit yang teramat pulak ahahah tak gun abetul. kalau tak ttengok darah tadi mesti tak rasa sakit kan? hmm bulan puasa takde setan ni pun ada je benda pepelik jadi.